Kebiasaannya selepas menggosok gigi, kita akan berkumur-kumur untuk membuang lebihan ubat gigi yang masih ada dalam mulut. Ini juga diajar sejak dari bangku sekolah lagi.
Namun ada pendapat yang menyatakan kita hanya perlu meluahkan lebihan ubat gigi itu berbanding kumur-kumur. Katanya, ia bagi mengekalkan lapisan perlindungan pada gigi. Betul ke?
Dipetik daripada laman Twitter Dr Ib Shah (@ib_shah) secara dasarnya kita tidak perlu berkumur-kumur selepas menggosok gigi bagi mengekalkan lapisan ion fluorida dari ubat gigi untuk berada dipermukaan gigi.
Ion fluorida ini penting untuk membentuk struktur gigi yang kuat, serta menyekat bakteria daripada membiak dan merosakkan gigi.
Doktor Ib Shah juga menyarankan kaedah lain selain daripada meluahkan iaitu berkumur dengan ubat kumur yang mengandungi fluorida dan mengambil sedikit air untuk berkumur.
Tambah beliau lagi, ubat gigi yang tertelan juga tidak mencapai membahayakan, melainkan jika anda menelan lebih separuh daripada ubat gigi itu. Namun, jika anda mendapati terdapat tindakbalas atau kesan selepas tertelan ubat gigi, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut ok?
Sumber: Twitter Dr Ib Shah (@ib_shah)
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.