Akibat memandu ketika sedang mengantuk, seorang pemuda nyaris maut apabila keretanya terbalik selepas merempuh tiang sebuah kedai di jalan paya Lebar, Lubok China, Melaka.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.30 pagi itu melibatkan mangsa yang berusia 22 tahun daripada sebuah institut pengajian tinggi mengalami luka pada bahagian tangan kanan dan kirinya.
Dipetik daripada Sinar Harian, kereta jenis Perodua Myvi itu dalam perjalanan dari Seremban ke rumahnya di Masjid Tanah.
"Bagaimanapun mangsa dipercayai memandu dalam keadaan mengantuk sehingga keretanya berada terlalu dekat dengan sebuah lori yang berada di hadapannya.
"Dia yang kemudian menyedari keadaan itu terus membrek, menyebabkan kereta dipandu hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar tiang sebuah kedai dan terbalik," kata Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya.
Mangsa hadir ke balai polis kira-kira jam 5.55 petang dan membuat laporan mengenai kejadian tersebut. Beliau juga telah disaman kerana memandu dengan cuai hingga menyebabkan kemalangan.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.