Bertempat di Fuxi Mountain Skywalk, sebuah jambatan kaca di China telah menjadi tempat melamar paling unik apabila sepasang kekasih melamar disini, di atas ketinggian 360 meter.
Xio Jing, 23, berasal daripada daerah Henan, China telah meletakkan syarat kepada teman lelakinya, Xiao Yu, sebelum setuju berkahwin dengannya agar mengatasi rasa gayat.
Selain setuju untuk berkahwin, Xio Jing juga meletakkan hadiah sebuah kereta dan wang tunai jika teman lelakinya itu berjaya melalui jambatan kaca yang mencabar rasa gayatnya pada ketinggian.
“Walaupun saya gembira untuk berkahwin dengan awak dan bercinta selama 3 tahun ini, saya tidak boleh berkahwin dengan awak”
“Ini adalah kerana ketakutan yang awak hadapi iaitu rasa takut pada tinggi”
“Semuanya telah tersedia, awak hanya perlu melintasi jambatan kacau ini dan saya akan setuju berkahwin dengan awak jika awak berjaya”
Xiao Yu pada mulanya kelihatan amat takut dan hampir putus asa, dan akhirnya beliau berjaya melintasi jambatan itu tanpa langsung rasa gayat.
Sumber: The Paper
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.