China kini mengesan kehadiran virus COVID-19 pada aiskrim selepas tiga sampel diuji positif.
Menurut laporan Sky News, sebanyak 935 aiskrim berada di Tianjin dan 65 yang telah dijual daripada 2,747 kotak aiskrim yang dihantar ke pasaran.
Bagaimanapun, kesemua produk yang dikeluarkan syarikat aiskrim berkenaan telah diasingkan selepas sampel-sampel yang dihantar ke pusat kawalan penyakit perbandaran itu diuji positif COVID-19.
Hasil siasatan awal juga telah menunjukkan syarikat itu menggunakan bahan mentah termasuk serbuk susu yang diimport dari New Zealand dan serbuk whey dari Ukraine.
Seorang pakar virologi, Dr Stephen Griffin dari Universiti Leeds berkata orang ramai tidak perlu risau akan virus pada aiskrim ini kerana ia masih lagi dalam siasatan awal.
Suhu sejuk bagi penyimpanan aiskrim serta kandungan lemak padanya dipercayai mungkin menjelaskan bagaimana virus itu dapat kekal hidup pada sampel yang diambil.
“Virus itu berkemungkinan datang daripada seseorang dan tanpa mengetahui maklumat lanjut, saya rasa ini satu-satu kes yang berlaku sebegini.
“Kita tidak perlu panik dan menganggap setiap ais krim boleh dicemari koronavirus,” katanya.
Ekoran itu, pihak berkuasa di Perbandaran Tianjin, utara China, mereka kini sedang mengesan individu yang mempunyai kontak dengan bekalan ais krim yang dikeluarkan oleh syarikat aiskrim berkenaan.
Sumber: [1], [2]
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.