Beberapa hari lalu, kecoh seketika di Kampung Petani, Kota Bharu, Kelantan apabila pokok petai didapati mengeluarkan air dengan sendirinya, walaupun ketika itu tidak hujan.
Kejadian pelik yang bermula jam 8 malam hingga 6 pagi sejak dari minggu lalu, turut menarik perhatian penduduk setempat dan orang ramai. Malah, ramai yang dilihat menadah air tersebut dan ada juga yang meminumnya.
Walaubagaimana pun, misteri pokok petai berusia 30 tahun yang seakan-akan 'menangis' sejak minggu lalu akhirnya terjawab.
Menurut laman web cicadamania, serangga yang dikenali sebagai riang-riang atau nama saintifiknya Cicada akan berkumpul dalam jumlah yang banyak pada hari panas, dan serangga itu akan minum dari cairan pokok, seterusnya akan 'kencing' ketika berbuat demikian.
Oh ok.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.