Ailurophobia membawamaksud perasaan takut dan fobia kepada kucing.
Namun sebaliknya pula dirasai oleh kucing kerana mereka yang mempunyai ailurophobia adalah golongan yang paling mereka suka dekati.
Kenapa?
Mereka yang mempunyai ailurophobia biasanya akan menunjukkan reaksi panik ketika bertemu dengan kucing. Golongan ini biasanya akan cuba mengelak daripada berdepan dengan si bulus.
Semasa bertemu kucing, penghidap Ailurophobia akan melarikan diri dan menunjukkan tingkah laku defensif, seolah-olah mereka diserang kucing. Ia membuatkan kucing merasakan bahawa mereka ini bukanlah satu ancaman, sebaliknya sebagai ‘mangsa’ yang selamat.
Bagaimanapun, penghidap Ailurophobia boleh mengatasi rasa takut ini secara beransur-ansur dan perlu dipraktikan setiap hari, sehingga perasaan takut berkurang.
Sumber: Healthline
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.