Jaguh lompat jauh negara, Abdul Latif Romly, selamat mengikat tali pertunangan bersama pilihan hatinya.
Malah, wanita yang menjadi pilihan hati atlet negara ini juga teman sejak di bangku sekolah lagi iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Alwi.
Pemenang pingat emas negara pada Sukan Paralimpik 2020 Tokyo juga memuat naik foto di laman Instagramnya untuk berkongsi berita gembira itu bersama pengikutnya.
Abdul Latif turut bersyukur dan berterima kasih atas ucapan yang dititipkan oleh semua pihak kepadanya.
“Alhamdulillah, first step close. I love you @nabersss,” katanya.
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.