Kisah abang Viva pasti menjadi inspirasi segenap lapisan masyarakat ketika berlakunya bencana banjir bulan lalu.
Azwan Omar atau mesra disapa abang Viva sanggup membawa bot miliknya dari Melaka demi membantu insan yang terkesan akibat banjir di Lembah Klang.
Malah, dia tidak pernah menyangka akan tular dan hanya sekadar mahu membantu tanpa balasan daripada sesiapa.
Baru-baru ini, Azwan berbesar hati menerima anugerah sijil kepujian Ketua Pesuruhjaya Pertahanan Awam 2021 (Adiwira Musibah Banjir) dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Malah, beberapa individu memberikan sebuah motosikal ‘superbike’ dan kereta 4×4 khas untuk abang Viva.
Setakat ini, Azwan masih bercuti dan merancang mahu berhenti kerja untuk menjalankan kerja-kerja kebajikan dan sukarelawan sepenuhnya.
Berusia 30 tahun, Azwan juga sedang membuka sumbangan untuk membantu pusat tahfiz di Pahang dan dia juga sering dilihat berinteraksi dengan warganet di akaun TikToknya tentang kerja-kerja sukarelawan.
Teruskan niat murni abang Viva, tahniah!
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.