Ekoran daripada penularan wabak coronavirus atau COVID-19 ke serata dunia, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengumumkan bahawa wabak ini sebagai kategori pandemik.
Pandemik merujuk kepada maksud penyakit berjangkit yang merebak melalui populasi manusia dan merentasi kawasan luas hingga melepasi negara dan benua, malah ke seluruh dunia.
Berbeza dengan istilah 'endemik', ia merujuk kepada dalam daerah atau orang, yang terjadi dalam kadar stabil dan kes yang rendah. Misalnya kes denggi di Malaysia adalah kategori endemik.
Tahap seterusnya adalah 'epidemik', ia terjadi apabila sesuatu penyakit itu naik dengan mendadak melebihi kadar biasa dan dilihat jelas dalam tempoh masa tertentu. 'Epidemik' juga dikenali sebagai wabak, misalnya jangkitan demam kepialu.
Kini, COVID-19 telah memasuki fasa 'pandemik', dimana ia melibatkan penyebaran pantas dan menyebabkan kadar kematian yang tinggi. Misalnya, kejadian 'Black Death' pada kurun ke 14 hingga kurun ke 17 sehingga meyebabkaban kematian 2/3 penduduk dunia antara contoh penyakit pandemik.
Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.