Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak koronavirus sebagai kecemasan kesihatan global.
Malah, angka kematian akibat jangkitan itu kini meningkat kepada 213 orang di China selepas pihak berkuasa kesihatan Hubei memaklumkan 42 lagi kematian dilaporkan pada Khamis.
Tambah lagi, Badan Kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendefinisikan kecemasan global sebagai peristiwa luar biasa yang merupakan risiko kepada negara-negara lain dan memerlukan koordinasi tindak balas global.
Setakat ini, Malaysia sudah mencatatkan 8 kes positif wabak koronavirus.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.