Ada kanak-kanak berminat dalam bidang seni hiburan; menyanyi, menari mahupun lakonan. Ada yang berminat membaca buku ataupun melukis. Tetapi minat Airiel Haziq yang baru berusia 12 tahun ini sangat luar biasa sehingga boleh melakarkan rekaan mini wet kitchen untuk ibunya.
Melalui perkongsian ayahnya, Mohd Hardy di sosial media Facebook menarik perhatian netizen yang kagum dengan kebijaksanaan Airiel yang mahir melakarkan rekaan bangunan yang sudah kelihatan seperti hasil kerja seorang profesional.
Mohd Hardy dan isteri amat menyokong minat anak mereka itu dengan membelikan peralatan untuk Airiel seperti set T-square, papan tulis dan kemudian membelikan buku rujukan pelajaran kejuruteraan tingkatan 4 dan 5 untuk memperbaiki kemahirannya.
Bukan itu saja, Airiel juga sudah mahir menggunakan software profesional untuk merekakan bangunan yang sudah dimasukkan ke dalam komputer.
Kebetulan Mohd Hardy dan isteri ingin melakukan pengubahsuaian di bahagian dapur rumah kediaman mereka dan memberi kebebasan kepada Airiel untuk melakarkan rekaan dapur basah dan bilik air sebagai projek pertamanya.
Selain daripada minatnya dalam seni reka bentuk, Airiel juga gemar dalam seni mempertahankan diri taekwando serta sukan basikal BMX.
Sumber: Mohd Hardy
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.