Sekumpulan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya mencipta dron daripada gentian bahan semulajadi iaitu daun nanas.

Menariknya, dron ciptaan mereka ini adalah inovasi pertama seumpamanya yang menggunakan gentian bahan semulajadi atau biokomposit daripada daun nanas yang mempunyai ciri daya rintangan elektrik (electrical resistance).

Berupaya untuk terbang setinggi 30 meter dan berada diudara selama 20 minit, ciri istimewa dron ini adalah ia berupaya mengelak dari berlakunya litar pintas, malah mudah dibaiki jika berlaku kerosakkan kecil.

Berbanding dron sedia ada masa kini yang diperbuat daripada plastik, gentian karbon dan aluminium, biokomposit mempunyai nisbah kekuatan yang lebih tinggi, lebih murah, lebih ringan , malah bahan semulajadinya juga mudah diperolehi.

Dron yang dikenali dengan nama Putra Unmanned Aerial Vehicle atau Putra UAV itu dihasilkan oleh Prof Ir Ts Dr Mohamed Thariq Hameed Sultan selaku ketua kumpulan penyelidik, dan dibantu oleh Dr Ain Umaira Md Shah, Dr Syafiqah Nur Azrie Safri, Muhammad Imran Najeeb, Ts Mohd Edyazuan Azni, Dr Adi Azriff Basri, Dr Ahmad Hamdan Ariffin, Mohd Lufti Mohd Tawil dari UPM bersama Prof Dr Yusri Yusof (UTHM) dan William Robert Alvisse (MUDAS).
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.