Pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) berkata pasukan mereka perlu bekerja keras bagi merebut peluang tiga mata penuh di Stadium Nasional Bukit Jalil berhadapan pasukan Harimau Malaya dalam perlawanan Kumpulan G, pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Harapan itu diluahkan oleh ketua jurulatihnya, Bert Van Marwijk yang berharap pasukannya yang berada dalam ranking ke-65 dunia mampu memberikan saingan sengit kepada pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe.
"Mereka (Malaysia) memiliki keyakinan, kami sudah kaji mereka dengan baik... kami juga berada di Indonesia dan lihat mereka bekerja keras dalam perlawanan itu. Mereka bermain dengan pantas, ada ramai pemain yang pantas yang dimiliki mereka.
"Kami perlukan tumpuan penuh dan kesungguhan... perlu ada disiplin ketat. Ia bukan sesuatu yang mudah tapi saya telah bersama dengan pasukan UAE sejak beberapa minggu lepas, dan saya juga menaruh keyakinan terhadap pasukan ini, tapi pastinya ia bukan perlawanan yang mudah,” katanya.
Rekod terdahulu, Malaysia pernah menewaskan UAE pada 1980 dan 1982, dengan sekali seri serta sembilan kali tewas.
Semoga Malaysia beroleh kejayaan malam ini!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.