Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Nak Ramadan Korang Lebih Bermakna Tahun Ini? Ni 6 Rahsianya!

Rasa lemau masa puasa? Ni enam cara terbaik untuk Ramadan yang bermakna
Editor
10 May 2019, 08:00 AM

nak ramadan korang lebih bermakna tahun ini? ni 6 rahsianya!

Kredit: Shutterstock

Ramadan datang setahun sekali je. Masa ni lah korang nak rebut peluang pahala yang banyak yang takde pada bulan-bulan lain. Kalau korang nak Ramadan korang jadi lebih bermakna tahun ni, ada beberapa benda yang korang kena beri perhatian dan lakukan.

Ambillah kesempatan ni untuk ubah tabiat buruk korang dan mulakan tabiat baru yang baik dan berfaedah bagi mental dan fizikal korang. Nak tau apa yang boleh korang buat? Ni dia:

#1 Jangan layan fon sampai lewat malam, nanti tak cukup tidur

nak ramadan korang lebih bermakna tahun ini? ni 6 rahsianya!

Kredit: Shutterstock

Elakkan main fon sampai lewat malam. Nanti sah-sah tak cukup tidur sebab kena bangun awal untuk sahur. Kurang tidur akan menyebabkan korang cepat letih, susah fokus, dan kurang produktif. Nak beribadah pun akan terganggu. Jadi tidurlah awal.

#2 Jangan sesekali terlepas sahur

nak ramadan korang lebih bermakna tahun ini? ni 6 rahsianya!
Kredit: Shutterstock

Sahur ialah salah satu perkara yang paling penting di bulan yang mulia ni. Jangan sesekali terlepas sahur sebab masa nilah korang nak rebut peluang pahala yang banyak. Selain tu, bersahur akan membantu korang dapatkan tenaga yang diperlukan untuk berfungsi seperti biasa walaupun berpuasa.

#3 Segerakan berbuka puasa

nak ramadan korang lebih bermakna tahun ini? ni 6 rahsianya!

Kredit: Shutterstock

Islam memerintahkan umatnya untuk menyegerakan berbuka puasa apabila tiba waktunya. Ini dibuktikan melalui beberapa hadis yang menyatakan Allah SWT mencintai orang-orang yang menyegerakan berbuka.

Pastikan korang sediakan sebungkus kurma dan sebotol air kalau takut tak sempat sampai di rumah masa balik dari kerja. 

#4 Berbuka puasa dengan sup dan minum air secukupnya

nak ramadan korang lebih bermakna tahun ini? ni 6 rahsianya!

Kredit: Shutterstock

Berbuka dengan kurma amat digalakkan. Selain tu korang boleh juga berbuka dengan semangkuk sup yang menyihatkan (tak terlalu masin atau berminyak). Dan pastikan korang minum air secukupnya. Ini bagi mengembalikan tenaga dan menyegarkan badan setelah letih berpuasa.

#5 Jangan gunakan puasa sebagai alasan untuk tak nak bersenam

nak ramadan korang lebih bermakna tahun ini? ni 6 rahsianya!

Kredit: Shutterstock

Ramai di antara kita yang gunakan puasa sebagai alasan untuk tak nak bersenam. Padahal bersenam tu penting dan mesti dibuat walaupun di bulan puasa.

Korang digalakkan untuk bersenam 3 hingga 4 jam selepas berbuka. Dan tak semestinya korang kena buat senaman yang berat, ikutlah kemampuan. Cuba regang-regangkan badan masa korang tengok TV ataupun masa duduk di meja kerja untuk melancarkan perjalanan darah.

#6 Jangan makan makanan ringan

nak ramadan korang lebih bermakna tahun ini? ni 6 rahsianya!

Kredit: Shutterstock

Di bulan yang istimewa dan mulia ni, cuba elakkan makanan ringan. Makanlah makanan yang berkhasiat dan menyihatkan, contohnya macam avokado, kelapa, buah zaitun, ikan salmon, kacang-kacangan, roti gandum, tomato, ubi keledek, anggur, dan epal.

Berbukalah segera apabila tiba waktunya, dan pastikan korang berbuka dengan makanan yang halal dan menyihatkan. Selain dirahmati oleh Allah SWT, korang boleh memudaratkan kesihatan kalau menunda waktu berbuka dengan sengaja. 

Oh ya, cuti hujung minggu ni, korang ada rancangan ke nak berbuka puasa di luar? Apa kata korang sertai Adira Suhaimi dengan Luqman Faiz berbuka puasa di Padang Papar pada hari Sabtu, 18 Mei ni! Majlis Piknik Sungkai ERA Bersama Bank Rakyat ni akan bermula pada jam 5 petang sehingga 7.30 malam.  

nak ramadan korang lebih bermakna tahun ini? ni 6 rahsianya!

Kredit: @adira.suhaimi

nak ramadan korang lebih bermakna tahun ini? ni 6 rahsianya!

Kredit: @luqmnnfaiz

Tema majlis ni ialah piknik, jadi korang kena bawa makanan dan tikar sendiri ya. Sambil tunggu nak berbuka tu, dapatkan bubur lambuk yang diedarkan secara percuma! Jangan lupa datang dan pakai baju kurung atau baju Melayu korang yang terbaik untuk sesi OOTD! Jumpa di sana!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}