Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Pertama Kali Nyanyikan Lagu Balada, Kaka Azraff Berduet Dengan Penyanyi Indonesia Untuk Lagu Karma

Yang menariknya, diorang merakamkan lagu ni secara berasingan
Editor
11 Feb 2021, 05:50 PM

pertama kali nyanyikan lagu balada, kaka azraff berduet dengan penyanyi indonesia untuk lagu karma

Semua orang mengetahui, Kaka Azraff merupakan seorang penyanyi yang membawa lagu-lagu bergenre pop dan rancak. Tidak pernah Kaka menyanyikan lagu balada.

Namun, KARMA telah mengubah dan memberikan imej baru kepada Kaka kerana lagu tersebut bergenre balada. Lebih menarik lagi, untuk lagu ini juga Kaka berduet dengan penyanyi kelahiran Brunei yang kini bertapak di Indonesia, Jaz.

“Karma sangat berbeza dengan lagu-lagu saya sebelum ini. Saya sendiri tidak pernah terbayang akan nyanyikan lagu sebegini. Bagaimanapun, saya sangat gembira dengan keputusan menyanyikannya.

Sebenarnya ia menunjukkan sebuah sisi lain Kaka Azraff kerana ini lagu balada pertama yang benar-benar menunjukkan vokal saya yang dibantu oleh Afif Tirmizie selaku pengarah vokal saya yang memudahkan nyanyian saya,” kata Kaka.

Jaz pula ternyata sangat gembira apabila dapat menjayakan lagu ini bersama Kaka. Beliau berasa sangat berbesar hati apabila diberi peluang untuk menyampaikan lagu ini bersama Kaka yang sudah sembilan tahun berada di dalam industri muzik tempatan.

“Ia satu penghormatan yang sangat bermakna buat saya terbabit dalam projek ini kerana ia jauh berbeza dengan projek lain pernah saya jayakan sebelum ini,” katanya.

Lagu ini mendapat sentuhan komposer Farouk dan liriknya ditulis oleh Aisha Retno. Muzik Video lagu ini sudah boleh mula ditonton mulai hari ini.

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}