Semua orang mesti ada selimut atau bantal kegemaran ataupun yang lebih dikenali dengan nama bantal busuk. Tak boleh dinafikan lah benda-benda mungkin antara salah satu perkara yang membuatkan kita rasa lebih selesa untuk tidur sehingga dilamun mimpi diwaktu malam.
Namun kisah ini mungkinakan menyejukkan hati korang semua. Seorang penumpang Malaysian Airlines penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Jeddah, terpaksa berpisah dengan selimut kesayangannya.
Ketua Pramugara Malaysian Airlines Berhad, Kamarulzaman Abd Karim memuat naik foto di akaun sosial media, Instagramnya di mana kru pesawat menemui sebuah bungkusan yang ditinggalkan oleh seorang penumpang misteri. Bungkusan yang ditemui ditemui mengandungi sehelai selimut dan sekeping nota permohonan maaf daripada penumpang tersebut.
Maaf … Saya kurang arif dulu. Saya ambil selimut ini. Sekitar 2011 tak silap. Hari ini, saya pulangkan. Minta maaf dan minta halal selama saya guna ya. Apapun, ini selimut kegemaran saya. Minta maaf sekali lagi MAS.
Menurut Kamarulzaman, selimut itu sememangnya disediakan di setiap penerbangan dan akan dicuci semula untuk penerbangan yang seterusnya. Tetapi ada segelintir penumpang merasakan ini adalah cenderamata dan akan mengambilnya pulang.
Kamarulzaman yang sudah berkhidmat dengan MAS selama 25 tahun, terharu dengan kelakuan penumpang misteri tersebut yang memulangkan selimut tersebut selepas hampir sedekad.
Walaupun hampir sedekad memegang erat selimut ini, tindakan yang jujur dan pengorbanan untuk berpisah dengan selimut kegemarannya ini adalah satu perkara yang patut dipuji.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.