Kredit: Korea Tourism Organisation
Melancong sememangnya boleh meluaskan pandangan kita. Namun bagi umat Islam, melancong turut memberikan beberapa cabaran tersendiri, contohnya seperti mencari makanan yang halal dan juga tempat solat yang bersih dan selesa.
Kalau melancong di negara yang majoritinya bukan Islam, contohnya macam Korea, memang agak susah nak cari. Tapi jangan risau. Kalau korang minat melancong ke Korea, baca beberapa panduan melancong ni kalau korang plan nak pergi Seoul:
Kat mana ada restoran yang halal?
Kat Seoul boleh tahan banyak restoran yang halal. Ni 3 restoran makanan Korea pilihan kitorang:
Makan Halal Korean Restaurant
Alamat: 52 Usadan-ro 10-gil, Yongsan-gu, Seoul
Kredit: Makan Halal Korean Restaurant/Facebook
Eid Halal Korean Food
Alamat: 67 Usadan-ro 10-gil, Yongsan-gu, Seoul
Kredit: Eid Halal Korean Food/Facebook
Halal Kitchen
Alamat: 86-2 Samcheong-ro, Jongno-gu, Seoul
Kredit: Halal Kitchen/Facebook
Korang boleh cari banyak lagi tempat makan yang halal di Korea kat sini. Selain tu, korang boleh try pergi Halal Restaurant Week yang biasanya diadakan pada bulan Ogos sehingga Oktober setiap tahun. Kat event ni korang boleh tahu apa restoran halal yang ada dan rasa makanan-makanan halal yang ditawarkan.
Nak alami suasana masjid di Korea?
Teringin nak alami suasana bersolat di masjid Korea dan tengok macam mana orang Korea yang Muslim menjalankan kehidupan diorang? Cuba singgah di 2 masjid yang ada di Seoul ni:
Kredit: Wikipedia
Seoul Central Mosque
Alamat: 39 Usadan-ro 10-gil, Hannam-dong, Yongsan-gu, Seoul
Masjid Al-Falah IKMI Seoul Korea
Alamat: Yeongdeungpo-dong, Yeongdeungpo-gu, Seoul
Kat mana pusat tumpuan pelancong yang sediakan tempat solat?
Sambil berjalan tu mesti korang nak berhenti untuk solat dulu kan. Ni pusat tumpuan pelancong yang sediakan tempat solat:
COEX
Kredit: Malaysian Guesthouse In Seoul
COEX ialah sebuah pusat membeli-belah. Bilik solatnya menyediakan jadual solat, al-quran, sejadah, dan arah kiblat.
Lotte World
Kredit: Korea Tourism Organisation
Lotte World ialah sebuah pusat rekreasi dengan taman tema indoor terbesar di dunia. Bilik solatnya menyediakan jadual solat, al-quran, sejadah, arah kiblat, selipar, dan bilik wuduk.
K-Style Hub
Kredit: Korea Tourism Organisation
K-Style Hub ialah sebuah pusat informasi pelancong, di mana korang boleh cuba masak makanan Korea, pakai baju tradisional, belajar budaya Korea dan banyak lagi. Bilik solatnya menyediakan jadual solat, al-quran, sejadah, kiblat, telekung, selipar, dan bilik wuduk.
Klik sini kalau korang nak cari banyak lagi pusat tumpuan pelancong, universiti, hotel, hospital, restoran, dan lapangan terbang yang sediakan tempat solat.
Guna 6 frasa terpenting ni masa korang makan di restoran atau jalan-jalan
Tak semua orang Korea fasih berbahasa Inggeris, jadi nak tak nak kena juga cakap bahasa diorang, basic pun jadilah. Selain tu, jangan lupa guna 6 frasa ni masa korang makan di restoran atau jalan-jalan:
Kredit: Korea Tourism Organisation
“Gidosil eodi eyo?”
Maksud: Tempat solat di mana?
“Dwaeji gogi, ham, bacon ppaego juseyo.”
Maksud: Tolong jangan letak daging babi, ham, atau bacon.
“Eumsige sool neochi maseyo.”
Maksud: Tolong jangan letak alkohol dalam makanan.
“Gogi ppaego juseyo.”
Maksud: Tolong jangan letak sebarang daging dalam makanan.
“Halal gogi eyo?”
Maksud: Dagingnya halal tak?
“Young eo menupan innayo?”
Maksud: Awak ada menu Bahasa Inggeris tak?
Ferfeeling K-drama, dibawakan oleh Malaysia Airlines dan Korea Tourism Organisation
Sekarang korang tak perlu berangan nak life macam dalam K-drama, sebab korang boleh pergi terus ke Seoul dan explore makanan dan tempat-tempat menarik serta belajar budaya orang Korea!
Kredit: Korea Tourism Organisation
Malaysia Airlines tengah ada promosi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Seoul dengan tambang pergi dan balik hanya RM1,723 (mulai 14 Mei)! Murah kan? Rugi kalau tak rebut promo ni. Tengok betapa bestnya Seoul:
Promo yang merupakan kerjasama di antara Malaysia Airlines dan Korea Tourism Organisation bermula dari sekarang sehingga 31 Mei 2019, dengan tempoh melancong dari sekarang sehingga 31 March 2020. So book penerbangan korang secepat yang mungkin sebelum terlambat!