Ikutkan perancangan asal, Sony mengumumkan acara untuk mendedahkan game konsol baru, PlayStation 5 pada Khamis ini, 4 Jun 2020.
Bagaimanapun, menerusi update terbaru oleh Sony, PlayStation 5 terpaksa ditunda pelancarannya kerana Sony merasakan masa ini adalah tidak sesuai untuk memperkenalkan konsol tersebut kepada orang ramai.
“Kami telah memutuskan untuk menangguhkan acara PlayStation 5 yang telah dijadualkan pada 4 Jun ini. Walaupun kami memahami bahawa para gamers di seluruh dunia sangat gembira untuk melihat game PS5, namun kami tidak merasakan bahawa sekarang adalah masa sesuai buat masa ini, kami ingin menangguhkannya dahulu dan memberi ruang bagi suara yang lebih penting untuk didengar,“ kata pihak Sony menerusi laman Twitter Playstation.
Masih belum jelas tarikh baru bagi pelancaran PS5 kali ini, namun ciri fizikal oleh PS5 kali ini nampaknya menarik perhatian ramai seperti konsol yang bakal dilengkapi ray-tracing daripada GPU, di mana visual 3D akan bertambah baik dan realistik, kapasiti konsol terbaru lebih menjimatkan, mampu menerima disk optikal 100 GB dan boleh berfungsi sebagai pemain Blu-ray 4K.
PS5 turut membolehkan pemain mempelbagaikan proses install dan controller-nya pula diberi nama DualShock 5. Ia direka khas memberikan kesan berbeza mengikut senjata dalam game.
Sumber: Twitter PS5
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.