Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri Selangor dan Kuala Lumpur telah dilanjutkan lagi 2 minggu, sehingga 14 Januari 2021.
Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, beberapa kawasan dan daerah lain di negeri-negeri tertentu juga dilanjutkan PKPB/PKPD, dan ada juga kawasan yang telah ditamatkan.
Berikut adalah perkara-perkara penting dalam sidang media hari ini:
- PDRM menahan seramai 297 individu semalam di atas pelbagai kesalahan ingkar arahan PKP.
- Kerajaan melantik hampir 750 klinik di enam buah negeri untuk menjalankan ujian saringan pekerja asing mulai 1 Januari 2021.
- PKPB Mukim 12, Barat Daya dan Mukim 13, Timur Laut di Pulau Pinang dilanjutkan sehingga 14 Januari 2021.
- PKPB Ipoh dan Chemor di Mukim Hulu Kinta, Perak ditamatkan hari ini, lebih awal daripada yang dijadualkan.
- PKPD Depoh Tahanan Imigresen Langkap dan Kuarters Kakitangan Daerah Hilir Perak dilanjutkan sehingga 14 Januari 2021.
- PKPD dilaksanakan di Madrasan Daril Naim, Padang Halban, Mukim Peringat di Kota Bharu, Kelantan mulai esok sehingga 11 Januari 2021.
- PKPB di seluruh Selangor dilanjutkan sehingga 14 Januari 2021.
- PKPB di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga dilanjutkan untuk tempoh yang sama.
- PKPB Seremban dilanjutkan sehingga 14 Januari 2021 manakala PKPB di Port Dickson ditamatkan hari ini.
- PKPD Penjara Seremban dan Kuarters Penjara Seremban juga ditamatkan pada hari ini.
- PKPB Johor Bahru dan Batu Pahat dilanjutkan sehingga 14 Januari 2021 namun PKPB di Kulai ditamatkan hari ini.
- PKPD Penjara Kluang dan Kuarters Penjara Kluang dilanjutkan sehingga 14 Januari 2021.
- PKPB di seluruh negeri Sabah turut dilanjutkan selama dua minggu lagi sehingga 14 Januari depan.
- PKPD Kampung Dasar Baru dan Kampung Desa Bajau di Lahad Datu, Sabah ditamatkan.
- PKPD dilaksanakan di Kampung Paginatan, Kampung Maringkan di Ranau, Sabah mulai esok sehingga 11 Januari 2021.
Sumber: Astro Radio News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.