Sekitar jam 5 petang tadi Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri telah mengadakan sidang media berhubung pelaksanaan PKP 2.0.
Terdapat beberapa perubahan pada SOP dan pelaksaanaan PKP2.0. Antaranya ialah kebenaran untuk makan di restoran. Jika sebelum ini, kerajaan telah melarang perkara tersebut, namun hari ini beliau telah memaklumkan bahawa kerajaan membenarkan makan di dalam restoran. Bagaimanapun, kapasiti meja terhad kepada dua orang dan penjarakan fizikal seharuslah 1 meter.
Selain itu, industri kreatif juga dibenarkan untuk beroperasi dengan SOP yang ketat termasuklah memohon sijil perkuan pengambaran khas FINAS.
Bukan itu sahaja, kerajaan juga telah bersetuju untuk membuka baki keseluruhan sektor perniagaan peruncitan bermula esok termasuklah kedai pakaian, fesyen dan aksesori, perkhidmatan fotografi dan peralatan sukan.
Untuk senarai penuh sektor peruncitan ini boleh lah didapati di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara serta KPDNHEP.
Intipati sidang media Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pelaksanaan PKP 2.0. -...
Posted by Astro Radio News on Tuesday, February 9, 2021
Sumber: Astro Radio News
Gambar: astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.