Kebanyakkan daripada kita mungkin pernah menghadapi situasi fire drill, dimana semua orang di dalam sesebuah premis dikehendaki untuk keluar dikawasan yang selamat bagi menghadapi kemungkinan kebakaran.
Begitu juga yang dirancang oleh pihak NASA bersama Federal Emergency Management Agency (FEMA) apabila agensi ini merancang untuk mengadakan ‘asteroid drill’, sama tujuannya iaitu bagi menhadapi sebarang kemungkinan jika bumi dihentam oleh asteroid.
"Latihan ini benar-benar membantu kami dalam komuniti pertahanan planet untuk memahami apa yang rakan-rakan kami di pihak pengurusan bencana perlu tahu,
"Latihan ini juga akan membantu kita membangunkan komunikasi yang lebih berkesan antara satu sama lain dengan negara-negara serata dunia.", kata Lindley Johnson, Pegawai Pertahanan Planetarium NASA.
Walaupun tidak diceritakan tentang bagaimana latihan ini akan di adakan, ia adalah sebagai salah satu strategi dua tahun yang dikeluarkan oleh Rumah Putih pada Jun 2018 yang lalu.
Sumber: Science Daily
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.