Atlet papan selaju Jepun, Momiji Nishiya melakar sejarah apabila menjadi antara atlet paling muda yang memenangi pingat Emas di Olimpik.
Kemenangan atlet berusia 13 tahun itu diraih ketika perlawanan yang diadakan di Tokyo pada Isnin.
Malah, dia mencatat kedudukan mata 15.26 sekali gus berjaya mencipta rekod sebagai pemenang termuda dalam sejarah permainan itu.
Menariknya, acara papan selaju adalah salah satu daripada lima acara baharu yang dipertandingkan dalam edisi Olimpik kali ini.
Terdahulu, perenang Amerika Syarikat Marjorie Gestring pernah mencatat rekod sebagai pemenang pingat emas Olimpik termuda ketika berusia 13 tahun pada 1936.
Sumber: CBS News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.