Sukan SEA ke-30 yang akan diadakan di Filipina pada 30 November hingga 11 Disember 2019 akan menampilkan e-sukan sebagai salah satu sukan yang akan dipertandingkan.
Jika sebelum ini, Mobile Legends sudah disahkan akan dipertandingkan pada temasya kali ini, kini 4 lagi permainan lain telah diumumkan iaitu Dota 2, Starcraft II, Arena of Valor dan Tekken 7.
Satu lagi permainan masih menjadi misteri dan peminat mula berteka-teki mengenainya.
Menurut ESPN Philippines, e-sukan akan menjadi kategori sukan baru yang akan diakreditasi oleh Persekutuan Sukan Elektronik Asia, dan enam pingat emas akan dipertandingkan di tiga platform - dua untuk konsol, dua untuk mudah alih dan dua untuk PC.
Ada yang berminat untuk mewakili negara dan join e-sukan kali ini?
Sumber: @Razer
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.