Seorang petani yang menemui dua biji batu meteorit mahu menjualnya untuk menampung kos mengerjakan haji.
Sukirno yang berasal dari Dusun 8, Kampung Astomlyo telah menemui dua biji meteorit yang beratnya masing-masing 1.7 kilogram dan 2.2 kilogram.
Menurutnya, dia bertekad untuk menjual batu tersebut kerana mahu mengerjakan haji bersama isteinya.
“Ya, saya memang mahu menjualnya. Saya perlukan duit itu. Harapnya ia cukup untuk menampung perbelanjaan saya dan istei untuk mengerjakan haji” katanya kepada portal Suara.com.
Dia juga berkata, dia sendiri tidak tahu apa yang harus dilakukan dengan batu itu. Sehingga hari ini juga, dia masih belum menetapkan berapa harga batu dari angkasa tersebut.
“Sebab itu saya masih belum menjualnya. Jika ada yang menawarkan harga, saya akan pertimbangkan terlebih dahulu.” Katanya.
Sumber dan gambar: Suara.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.