Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berada di kelas tersendiri untuk muncul juara badminton All England 2021.
Lee Zii Jia berjaya merangkul gelaran juara kejohanan badminton All England selepas menewaskan pemain nombor dua dunia, Viktor Axelsen, dari Denmark.
Zii Jia menundukkan Axelsen, selaku juara bertahan menerusi 'rubber set' 30-29, 20-22, 21-9 dalam aksi final yang berlangsung di Utilita Arena, Birmingham, malam ini.
Kemenangan itu menyaksikan Zii Jia muncul wakil keenam negara merangkul kejuaraan perseorangan lelaki All England.
Kali terakhir pemain Malaysia menjuarai kejohanan All England adalah pada tahun 2017 apabila Datuk Lee Chong Wei menewaskan Shi Yu Qi dari China dengan 21-12, 21-10.
Tahniah diucapkan kepada Lee Zii Jia!
Sumber: Astro Radio News / Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.