Pembukaan sektor pelancongan di Phuket melalui program ‘Phuket Sandbox’ pada 1 Julai lalu dilihat berjalan lancar dan Koh Samui pula dijangka akan dibuka pada 15 Julai ini.
Menurut Gabenor Lembaga Pelancongan Thailand (TAT), Yuthasak Supasorn, beliau memaklumkan destinasi pelancongan Koh Samui akan dibuka kepada pelancong dan tiada sebarang penangguhan terhadap keputusan ini.
Program ‘Samui Plus’ hanya memerlukan persetujuan dan keyakinan dari Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) sebelum memulakan proses pendaftaran pelancong.
Namun, para pelancong yang melancong ke Koh Samui mesti memenuhi syarat yang telah ditetapkan dengan mengisi borang semakan kesihatan secara atas talian.
Pelancong luar negara juga diberi kebenaran dengan mengesahkan ujian calitan (swab test) negatif dan sudah lengkap divaksinasi sebelum dibenarkan berada di daerah tersebut.
Sumber: Travel Daily Media
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.