Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Kisah-Kisah Jenayah & Con Artist Wanita Ni Memang Menarik Dan Patut Dijadikan Filem!

Jom check out kisah-kisah ni kalau nak tau sejauh mana kelicikan diorang.
Dayana Sobri
12 Jan 2022, 02:20 PM

Artikel ini ditaja oleh Astro GO

kisah-kisah jenayah & con artist wanita ni memang menarik dan patut dijadikan filem!

Kredit: Wikipedia Archive

Kaum wanita biasanya dikenali sebagai golongan lemah-lembut, penyayang, dan empati. Namun dalam berbilion wanita yang ada di dunia ni, pastinya terdapat juga beberapa penjenayah dan con artist wanita yang punyalah licik sehingga dikenali di serata dunia. Ni ialah lima kisah-kisah penjenayah dan con artist wanita yang patut jadi filem:

#1 Mary Kay Letourneau: Seorang pedofilia wanita 

Mary Kay Letourneau ialah seorang cikgu di sebuah sekolah di Amerika Syarikat. Masa Mary berusia 34 tahun, dia telah menjalinkan hubungan dengan seorang murid bawah umur bernama Vili Fualaau, yang waktu tu berumur 12 tahun. Walaupun kena jail selama enam tahun setengah, Mary dan Vili akhirnya berkahwin sampai ada dua orang anak gadis.

#2 Lori Loughlin: Bintang Hollywood yang menipu dan merasuah universiti ternama 

Lori Loughlin ialah seorang pelakon Hollywood yang ditangkap FBI pada tahun 2019 sebab terlibat dalam kes penipuan di mana dia telah mengubah markah ujian anaknya demi diterima masuk ke salah sebuah universiti ternama di dunia, di samping memberi rasuah kepada pihak pendaftaran.

#3 Enedina Arellano Felix: ‘Drug lord’ wanita pertama di dunia 

Enedina ialah ketua cartel dadah yang dikenali sebagai Tijuana Cartel di Mexico. Bila Enedina ambil alih dan memimpin cartel ni, Mexico menyaksikan keganasan yang melibatkan dadah yang terdahsyat dalam sejarah negara itu.

#4 Elizabeth Holmes: Pencipta teknologi palsu 

Pada tahun 2003, Elizabeth Holmes yang takut dengan jarum mendakwa yang dia telah mencipta sebuah teknologi yang boleh menguji semua jenis penyakit menggunakan hanya setitik darah. Menjelang tahun 2010, dia berjaya meraih dana sebesar US$92 juta dari para penderma yang percaya dengan teknologinya.

Bila FDA, FBI, dan CMS (Pusat Perkhidmatan Medicare dan Medicaid AS) mula menyiasat Theranos (syarikat teknologi milik Elizabeth), mereka mendapati kajian dan teknologi syarikat tu tak benar, dan dalam beberapa kes, prosedur yang dilakukan menggunakan teknologi Holmes itu malah membahayakan para pesakit. Baru-baru ni Elizabeth akhirnya didapati bersalah oleh mahkamah.

#5 Mona Fandey: Penyanyi merangkap dukun pembunuh terkemuka Malaysia 

Sebut je nama Mona Fandey, confirm ramai yang dah tau dengan penyanyi yang lebih dikenali sebagai dukun dan pembunuh ni. Disebabkan kerjaya menyanyinya yang sendu, Mona beralih kepada bidang perdukunan yang lebih menguntungkan. Ayat terakhirnya “Aku takkan mati” memang menggerunkan.

Sebenarnya kisah Mona ni dah pun difilemkan, tapi sebelum tu memang macam-macam hal yang terjadi sehingga filemnya tak ditayangkan bertahun-tahun sehinggalah 2018.

Mona barangkali ialah dukun paling terkenal di Malaysia, tapi korang tau tak, ada dua orang wanita yang menyamar sebagai dukun dengan tujuan yang sama, iaitu mengaut keuntungan besar? Kalau nak tau lagi lanjut tentang diorang ni, kenalah tonton filem Dukun Diva, yang kini boleh distrim melalui Astro GO!

Go ke mana-mana je tanpa tertinggal siaran hiburan yang disukai dengan Astro GO! 

kisah-kisah jenayah & con artist wanita ni memang menarik dan patut dijadikan filem!

Kredit: Astro GO

Satu aplikasi, 65,000 siaran. Dengan Astro GO, korang boleh strim macam-macam rancangan hiburan dan filem yang korang nak tonton pada bila-bila masa dan di mana jua! Astro GO ialah servis penstriman 24/7 di mana korang boleh enjoy pelbagai hiburan Melayu terkini, berita Malaysia, sukan, dan event-event macam Gegar Vaganza 8 dan AME 2022. Korang boleh strim melalui fon pintar, tablet, atau komputer!

PERCUMA buat semua pelanggan Astro tanpa caj tambahan, jangan lupa muat turun aplikasi Astro GO dan sambungkan akaun Astro korang untuk strim Dukun Diva dan macam-macam lagi!

Korang boleh muat turun aplikasi Astro GO sekarang di Apple App Store, Google Play Store dan HuaWei App Gallery. 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}