Hari ini, bermulalah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi beberapa negeri terpilih dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 di negara ini.
Justeru, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sekali lagi merayu kepada orang ramai untuk terus kekal berada di rumah, dan jangan ke mana-mana sepanjang dua minggu pelaksaan PKP ini.
Memetik hantarannya di Twitter, orang ramai digesa untuk tidak menghadiri sebarang aktiviti yang menyukarkan penjarakan sosial, seperti yang digariskan dalam SOP.
Katanya lagi, pematuhan SOP ini penting dikala trend jangkitan COVID-19 di Malaysia jelas menunjukkan peningkatan yang agresif.
Bermula hari ini, negeri yang melaksanakan PKP adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, WP. Putrajaya, WP. Labuan, Sabah, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Melaka.
Manakala PKPB dilaksanakan keatas 6 negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan, dan PKPP di Perlis dan Sarawak.
Sumber: Twitter
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.