Korang tengok tak ERA Digital Muzik Awards tahun 2016 dan 2017? Superb, kan? Kurang sebulan je lagi majlis anugerah paling lit abad ini yang menghargai artis tanahair berdasarkan 100% undian netizen, ERA Digital Muzik Awards 2018 (EDMA 2018) bakal menemui korang.
Jom undi artis favourite korang di (link) pada 31 Disember hingga 13 Januari untuk undian fasa 1 dan undian fasa 2 (top 5) pula pada 14 hingga 23 Januari 2019. Korang boleh saksikan siapa pemenangnya pada malam EDMA 2018 secara LIVE Streaming di Facebook ERA pada 25 Januari ini! Jom litkan media sosial EDMA 2018 dengan hashtag: #EDMA2018 #deejacosmetic.
Nak tahu siapa hos dan juga artis yang bakal membuat persembahan ketika EDMA 2018, kena sentiasa ‘follow’ laman sosial ERA dan juga dengarkan di radio kejutan yang bakal kami tampilkan tak lama lagi.
Untuk makluman korang, #EDMA2018 kali ini, kitorang berikan peluang 100% kepada netizen untuk menentukan siapa yang patut menjadi JUARA DIGITAL. Tahun ini sebanyak 7 kategori dipertandingkan dalam EDMA 2018 iaitu Lagu Paling VIRAL, Penyanyi Kolaborasi Terbaik, Muzik Video Paling Lit, Temubual Terbaik Carta ERA 40, Penyanyi Paling Lit di Sosial Media, Penyanyi Pilihan DEEJA dan Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA 40.
EDMA2018 distrimkan oleh Deeja Cosmetic, Kehebatan Luar Biasa Dengan Deeja Cosmetic. Dapatkan set penjagaan kulit muka 5 dalam 1 Deeja Cosmetic yang diolah daripada estrak bahan semulajadi berkualiti tinggi untuk tampil lebih flawless, cerah, gebu dan berseri-seri secara semulajadi.
Set penjagaan kulit muka 5 dalam 1 Deeja Cosmetic mengandungi sabun pembersih muka, toner nano, krim siang, krim malam dan krim nano yang membantu mencerah dan melembapkan kulit, serta mengurangkan cela, jerawat serta jeragat. Like dan Follow Instagram dan Facebook Deeja Cosmetic HQ untuk info lanjut.
#EDMA2018 #deejacosmetic.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.