Sebut je biri-biri mesti semua orang ingat dia rendah dan berbadan besar. Tapi, jangan main-main dengan kekuatan biri-biri sebab seorang lelaki telah mengalami keretakan tulang akibat dirempuh haiwan ini.
Perkara tersebut berlaku di bandar Kenebri di New South Wales (NSW) beberapa hari lepas. Menurut laporan, lelaki yang telah mencapai usia 43 tahun itu telah dirempuh kuat oleh seekor biri-biri ke arah sebatang pokok.
Susulan kejadian itu, pasukan paramedic segera menuju ke lokasi kejadian untuk memberi rawatan. Nasib baik juga lah sebab ambulans udara sampai tidak lama kemudian.
Pada awalnya paramedic agak risau akan keadaan lelaki tersebut. Namun, mereka berjaya membawa lelak tersebut ke sebuah hospital tempatan untuk memberi rawatan susulan.
Pengajarannya, jangan pandang haiwan yang nampak jinak sebelah mata. Sekali dia mengamuk, haaa sampai retak lah tulang.
Sumber: KOSMO
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.