Kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini berada di kedudukan teratas kelab di Asia Tenggara selepas berjaya menundukkan juara bertahan, Kashima Antlers.
Dipetik daripada Facebook Johor Southern Tigers, JDT kini berada di ranking ke-32 Asia, menerusi kemas kini yang dilakukan oleh laman bola sepak, FootyRankings pada 8 Mei lalu.
Kedudukan tersebut mengatasi kelab dari Filipina, Ceros Negros yang berada di kedudukan ke-33 dan kelab gergasi Thailand, Buriram United pada kedudukan ke-36. Kedudukan pertama ranking kelab bolasepak di Asia masih lagi milik kelab dari China, Shanghai SPG.
Sumber: FootyRanking
Foto: JDT
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.