Kredit gambar utama: @era.je/instagram
Korang layan EDMA2018 di Facebook era.je tak semalam? Memang happening guys! Barisan hos dan artis yang membuat persembahan memang lit. Selain penyampai-penyampai ERA dan Nabil Ahmad, Elizabeth Tan, Ara Johari, Santesh, Daniel, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Alif Satar dan semestinya duta Deeja Cosmetic, Hanez Suraya antara selebriti yang berada di pentas untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Sebanyak tujuh kategori dipertandingkan semalam dengan enam daripadanya adalah berdasarkan undian korang. Dan untuk setiap kategori, seramai 5 finalis bersaing merebut gelaran juara kategori yang dipertandingkan. Hanya satu anugerah je yang tidak dipertandingkan iaitu Lagu Paling Lama Dalam Carta 40 ERA.
Untuk korang yang terlepas menyaksikan EDMA2018 secara LIVE semalam, jom kita recap siapa agaknya barisan selebriti tempatan yang berjaya bawa pulang anugerah dan menang besar tahun ni!
#1 Lagu Paling Viral
• Haqiem Rusli – Selamat Tinggal Sayang
• Dato’ Sri Siti Nurhaliza – Anta Permana
• Sufian Suhaimi – Dimatamu
• Hael Husaini – Hajat
• Faizal Tahir – Ragaman
#2 Penyanyi Kolaborasi Terbaik
• Haqiem Rusli dan Aman RA – Jatuh Bangun
• Syamel dan Ernie Zakri – Aku Cinta
• Tajul dan Wany Hasrita – Rindu Dalam Benci
• Ryan Deedat dan Sandra – Salimah
• Floor 88 dan Baby Shima – Roadblock Hatiku
#3 Muzik Video Paling Lit
• Andi Bernadee – Satu Peluang
• Zizan Razak – Kau Takkan Tahu
• Floor 88 – Roadblock Hatiku
• Ismail Izzani – Bidadari
• Sarah Suhairi – Nyawa Raga
#4 Penyanyi Paling Lit di Media Sosial
• Khai Bahar
• Kucaimars
• As’ad Motawh
• Hael Husaini
• Sarah Suhairi
#5 Temubual Terbaik Carta ERA
• Haqiem Rusli
• Wany Hasrita
• Ara Johari
• Sarah Suhairi
• Sufian Suhaimi
#6 Penyanyi Pilihan DEEJA
• Ariff Bahran
• Ayda Jebat
• Ismail Izzani
• Faizal Tahir
• Syamel
#7 Lagu Paling Lama dalam Carta ERA 40: Sesungguhnya (Alif Satar)
Dihoskan oleh pengacara dan pelawak terkenal tanah air, Nabil Ahmad, EDMA 2018 turut diserikan dengan penampilan artis terkenal tanah air antaranya Ben Laden, Ismail Izzani, Haqiem Rusli, Akim & The Majistret, One Avenue Band, Alif Satar, Ara Johari, Masha Mashita dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
EDMA2018 turut memberi penghargaan kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza sempena sumbangannya selama 23 tahun dalam industri seni tanah air. Terbaiklah Tokti!
Memang luar biasa hebat kat EDMA 2018 ni. Tahniah buat semua pemenang dan terima kasih tak terhingga kepada Deeja Cosmetic selaku penaja utama EDMA 2018.
Korang pun boleh rasai ‘kehebatan luar biasa’ dengan menggunakan set 5 Dalam 1 Deeja Cosmetic yang merupakan solusi kepada masalah jeragat, kulit kusam, wajah berjerawat, tona kulit tidak sekata dan kulit berminyak. Set ini lengkap dengan sabun pembersih wajah, toner nano, krim siang, krim malam dan krim nano yang diolah daripada ekstrak bahan semulajadi berkualiti tinggi serta sesuai digunakan untuk lelaki dan wanita.
Apa tunggu lagi? Dapatkan set 5 Dalam 1 Deeja Cosmetic di ejen dan stokis sah atau di toko jamu berhampiran. Layari Facebook dan Instagram Deeja Cosmetic untuk info lanjut.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.