Pengunjung di pusat beli-belah Mall of Louisiana di Baton, Rouge dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa sepanjang 12 kaki pada Selasa lalu.
Memetik laporan Metro, Jabatan Bomba St. George mendapat aduan sekitar pukul 10.20 pagi untuk mendapatkan bantuan mencari ular sawa yang terlepas di dalam pusat beli belah itu.
Pihak Bomba mengarahkan pihak pentadbiran menutup seluruh pusat beli-belah tersebut.
Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Blue Zoo Aquarium, Ronda Swanson menegaskan ular sawa bernama Cara itu disifatkan baik biarpun bersaiz agak besar dan ia juga tidak berbisa.
Tambahnya, ular sawa itu terlepas dan bergerak bebas di bahagian syiling zoo tersebut sebelum ia diarahkan tutup.
Kini, Cara disediakan tempat yang lebih selamat untuknya bergerak bebas dan tidak lagi terlepas.
Sumber: metro.co.uk
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.