Kredit: Freepik
Sekarang ni ramai gamer tengah ‘gila’ sebab Steam (platform video game) tengah adakan Summer Sale sehingga 9 Julai ni. Game apa yang korang dah beli masa sale setakat ni?
Bagi kaki game, tak sah kalau takde sekurang-kurangnya lima benda ni:
#1 Papan kekunci gaming
Kredit: Pixabay
Apa beza papan kekunci biasa dengan papan kekunci untuk gaming? Kalau yang khas untuk gaming, ia memang dah direka khas bagi meningkatkan pengalaman korang bermain game!
Contohnya, respon daripada game menjadi lebih pantas dan sensitif apabila kekunci ditekan, so korang yang main kat PC senanglah nak menang dalam game nanti!
Beli kat sini!
#2 Tetikus gaming
Kredit: Freepik
Bagi gamer PC, tak sah main kalau takde tetikus khas untuk gaming! Kelebihan tetikus gaming berbanding yang biasa ialah ia memaparkan pelbagai butang dengan fungsi yang berlainan, dengan respon yang pantas dan sensitif apabila butang ditekan.
Kalau nak tingkatkan lagi pengalaman bermain, pilih tetikus tanpa wayar dan juga ergonomik untuk keselesaan dan juga mengelakkan tangan lenguh.
Beli kat sini!
#3 Pelapik tetikus untuk gaming
Kredit: Freepik
Pelapik tetikus untuk gaming lebih tebal dan tak licin bagi memberi perlindungan kepada tetikus gaming agar tak mudah rosak.
Beli kat sini!
#4 Kerusi khas untuk gaming
Kredit: Home Depot
Tak sah kalau tak sakit belakang atau sakit punggung bila dah main berjam-jam, dan duduk pula di kerusi plastik, kayu, atau besi yang biasa. Kerusi gaming direka khas dengan sokongan padu bagi leher, tangan, dan tulang belakang bila duduk berjam-jam.
Beli kat sini!
#5 Gaming headset
Kredit: Freepik
Camne nak trash talk atau main dengan member kalau gaming headset pun takde? Bukan tu je, kelebihan yang ada pada gaming headset berbanding yang biasa ialah ia memaparkan frekuensi dari 10 ke 40,000 hertz untuk membolehkan korang dengar pelbagai bunyi, termasuk bunyi yang halus, dengan jelas dan lancar. Cool tak?
Beli kat sini!
Kalau korang kaki game, dapatkan semua aksesori ni cepat!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.