Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini melancarkan jersi baharu skuad kebangsaan bagi 2020-2022.
Dengan konsep meraikan budaya serta evolusi pasukan bola sepak Malaysia, jersi home Harimau Malaya masih kekal dengan warna tradisi kuning, logo FAM di dada, rekaan kolar, dan garisan yang membentuk pattern di sisi serta lengan yang berwarna hitam.
Jersi away pula mengambil inspirasi dari Jalur Gemilang dengan warna hitam dan belang kuning dan berkolar bulat. Nampak garang buat skuad Harimau Malaya.
Pelancaran jersi baharu Harimau Malaya ini dilakukan secara maya dan ditayangkan menerusi laman Facebook Football Association of Malaysia (FAM).
Sumber: FAM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.