Pentadbir Liga Perdana Inggeris (EPL) mengesahkan bahawa saingan liga sebelum ini tidak akan dibatalkan dan akan disambung semula selewat-lewatnya Jun nanti.
Ini menjadikan pendahulu liga, Liverpool, mungkin akan menjulang trofi liga dalam stadium kosong kerana tidak mahu jangkitan COVID-19 terus berleluasa dimasa akan datang.
"Semua 20 pasukan EPL juga bersetuju untuk bermain tanpa penyokong untuk memastikan liga berjaya ditamatkan.
"Ia juga bakal menyaksikan Liverpool menjulang trofi EPL dalam stadium kosong dan ia menjadi sejarah tercipta dalam saingan liga itu nanti," kata satu laporan dari sebuah portal berita antarabangsa.
Meskipun pandemik COVID-19 ini masih belum berakhir, banyak pasukan meminta kata putus daripada badan induk mengenai masa depan dan status liga berprestij ini.
"Jika disambung pada Jun, liga berkemungkinan akan berjaya dihabiskan dalam tempoh dua bulan dan pihak liga juga sedang memikirkan perancangan bagaimana untuk memastikan perlawanan dalam keadaan selamat.
"Pemain dijangka akan di asingkan daripada keluarga dan berada di bilik hotel, namun segalanya masih belum pasti," kata laporan itu lagi.
Jurgen Klopp yang juga pengendali pasukan Liverpool turut menasihatkan orang ramai khasnya di England supaya mematuhi garis panduan yang dikeluarkan pihak berkuasa bagi memastikan jangkitan dapat dielakkan dan EPL dapat bersambung semula dalam keadaan yang selamat.
Berikut adalah kedudukan pasukan dalam EPL setakat ini:
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.