Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

5 Cadangan Makanan Sahur Untuk Lebih Bertenaga Sepanjang Hari

Nak kekal cergas sepanjang berpuasa? Makan makanan ni!
Editor
08 May 2019, 08:00 AM

5 cadangan makanan sahur untuk lebih bertenaga sepanjang hari

Kredit: Shutterstock

Bulan Ramadan bukan saja memberikan kita peluang untuk lebih mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa, tetapi juga buat kita berfikir akan tabiat-tabiat buruk yang selalu kita buat selama ni.

Contohnya seperti makan makanan yang tak menyihatkan, makan sesuka hati mengikut nafsu, membazir makanan, atau tak bersyukur langsung dengan makanan yang ada. 

Kalau korang nak beribadah dan rebut peluang untuk meraih pahala dengan lebih banyak di bulan Ramadan, pertama sekali korang kena jaga makan dan kawal nafsu. Makanan yang kita ambil boleh tentukan sama ada kita akan ada tenaga untuk beribadah dengan baik atau tidak.

5 cadangan makanan sahur untuk lebih bertenaga sepanjang hari

Kredit: Shutterstock

Kalau korang makan benda yang tak menyihatkan, ini akan menjejaskan tenaga korang, dan sekaligus merosakkan rancangan korang untuk beribadah dengan lebih lagi di bulan yang mulia ni. Jadi masa bersahur, pastikan korang makan makanan yang boleh buat korang bertenaga sepanjang hari:

#1 Makanan yang kaya protein

5 cadangan makanan sahur untuk lebih bertenaga sepanjang hari

Kredit: Shutterstock

Makanan yang kaya protein melalui proses pencernaan yang perlahan, yang akan menyebabkan korang rasa kenyang dalam tempoh yang lama. Selain tu, makanan yang tinggi protein juga membantu dalam menstabilkan paras gula dalam darah. Ni adalah beberapa contoh makanan yang kaya dengan protein:

  • Telur
  • Ayam (tanpa kulit amat digalakkan)
  • Daging
  • Ikan
  • Kacang-kacangan

#2 Makanan yang kaya lemak sihat

5 cadangan makanan sahur untuk lebih bertenaga sepanjang hari

Kredit: Shutterstock

Jangan tak tau, bukan semua makanan yang berlemak tu tak baik bagi tubuh badan kita. Makanan yang kaya dengan lemak sihat sangat diperlukan bagi memberikan tenaga, menggalakkan perkembangan sel dalam badan, melindungi organ, menghangatkan badan, menyerap nutrien, dan juga menghasilkan hormon-hormon.

Ni beberapa contoh makanan yang kaya lemak sihat:

  • Avokado
  • Kelapa
  • Buah zaitun
  • Kacang badam
  • Kacang walnut
  • Ikan salmon

#3 Makanan berserat tinggi

5 cadangan makanan sahur untuk lebih bertenaga sepanjang hari

Kredit: Shutterstock

Selain membantu dalam memberikan tenaga yang berpanjangan, makanan berserat tinggi juga boleh menggalakkan pencernaan, meningkatkan daya tumpuan, dan memulihkan rasa pedih ulu hati. Ni beberapa contoh makanan berserat tinggi yang amat digalakkan masa bersahur:

  • Nasi perang
  • Kentang
  • Roti gandum

#4 Makanan yang tinggi kandungan air

5 cadangan makanan sahur untuk lebih bertenaga sepanjang hari

Kredit: Shutterstock

Dehidrasi dan keletihan ialah benda yang biasa terjadi ketika berpuasa, jadi banyakkan makan makanan yang tinggi kandungan air, contohnya seperti:

  • Sayuran hijau (bayam, brokoli dll.)
  • Timun
  • Tomato
  • Saderi
  • Ubi keledek

#5 Makanan yang kaya antioksidan

5 cadangan makanan sahur untuk lebih bertenaga sepanjang hari

Kredit: Shutterstock

Antioksidan penting dalam melindungi sel-sel dalam badan. Contoh makanan yang kaya dengan antioksidan dan sesuai dimakan masa sahur ialah:

  • Beri biru
  • Anggur
  • Epal
  • Strawberi

Haa, kalau korang dah mulakan tabiat makan makanan yang menyihatkan masa sahur, jangan lupa berbuka puasa dengan makanan yang menyihatkan juga. Elakkan makanan yang terlalu berlemak atau berminyak, dan kurangkan minum minuman yang manis atau yang boleh menyebabkan dehidrasi.

Bercakap pasal berbuka puasa, korang ada rancangan ke nak berbuka puasa di luar? Jom join Adira Suhaimi dengan Luqman Faiz berbuka puasa di UNIMAS pada hari Sabtu, 11 Mei ni! Majlis Piknik Sungkei ERA Bersama Bank Rakyat ni akan bermula pada jam 5 petang sehingga 7.30 malam.

5 cadangan makanan sahur untuk lebih bertenaga sepanjang hari

Kredit: @adira.suhaimi

5 cadangan makanan sahur untuk lebih bertenaga sepanjang hari

Kredit: @luqmnnfaiz

Tema majlis ni ialah piknik, jadi korang kena bawa makanan dan tikar sendiri ya. Sambil tunggu nak berbuka tu, dapatkan bubur lambuk yang diedarkan secara percuma! Jangan lupa datang dan pakai baju kurung atau baju Melayu korang yang terbaik untuk sesi OOTD! Jumpa di sana!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}