Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

5 Info Dahsyat Tentang Ahli Sihir Di Eropah Yang Meremangkan Bulu Roma

Tak tau mana lagi menakutkan; ahli sihir atau hukuman untuk diorang!
Editor
24 Jan 2020, 08:00 AM

5 info dahsyat tentang ahli sihir di eropah yang meremangkan bulu roma

Kredit: Oneworld Alliance Film

Sebut je tentang ahli sihir, dah bermacam-macam benda yang bermain di fikiran: kemenyan, tengkorak, bangkai binatang, dan pelbagai lagi benda yang menjijikkan dan menakutkan.

Ahli sihir sememangnya sinonim dengan kegelapan dan kejahatan. Korang tau tak kalau di Eropah, ahli sihir serta hukuman yang dikenakan ke atas mereka memang mengerikan sekali, terutamanya ketika zaman pertengahan (476 Masihi – 1453).

Berikut merupakan beberapa trivia yang menakutkan tentang ahli sihir di Eropah:

#1 Orang yang disangka sebagai ahli sihir akan dipaksa makan kek yang diperbuat daripada air kencing

Witch Cake atau kek penyihir diperbuat daripada air kencing, bijirin, tepung, dan abu yang dicampurkan sekali. Kek ini kemudian dihidangkan kepada orang yang disangka sebagai ahli sihir. Eww geli!

#2 Nama-nama posyen yang pelik dan menakutkan

Ahli sihir Eropah sangat terkenal dengan posyennya, iaitu sejenis minuman ajaib yang dipercayai mempunyai kuasa tertentu. Dengan nama-nama posyen yang aneh seperti Cat’s Paw (tapak tangan/kaki kucing), Maiden Hair (rambut perawan), Serpent’s Tongue (lidah ular), Bird’s Foot (kaki burung) dan Mouse’s Ear (telinga tikus), memang patutlah orang takut dengan ahli sihir!

#3 Terdapat buku perundangan berusia 600 tahun mengenai undang-undang ke atas ahli sihir

Punyalah takut masyarakat Eropah dengan golongan penyihir ni sampaikan mereka ada mencetak buku tentang undang-undang ke atas ahli sihir, dan buku tersebut telahpun berusia 600 tahun! Buku tersebut juga memperincikan tentang bagaimana nak tahu sama ada seseorang tu pengamal sihir serta hukuman-hukuman yang setimpal.

#4 Ahli sihir dipercayai mempunyai tanda khas di wajah atau tubuh badannya

“The Devil’s Mark” atau tanda syaitan ialah salah satu penanda bahawa seseorang merupakan ahli sihir. Tanda khas ini ialah kesan calar yang mungkin terdapat pada wajah atau tubuh badan. Siapa yang ada kesan calar di wajah atau badan, walaupun dicakar kucing, nasiblah!

#5 Ahli sihir dipercayai boleh berubah bentuk

Terdapat beberapa kepercayaan di mana ahli sihir mampu berubah menjadi apa saja haiwan untuk terbang di malam hari. Selalunya ahli sihir gemar berubah menjadi kelawar kerana warnanya yang gelap dan sukar dilihat serta penglihatan malamnya yang lancar.

Tapi…semua ni tak cukup menakutkan macam Holda!

5 info dahsyat tentang ahli sihir di eropah yang meremangkan bulu roma

Kalau korang rasa semua fakta ni menakutkan, korang belum tahu penyihir wanita bernama Holda dalam filem Gretel & Hansel yang sungguh misteri! Filem Gretel & Hansel ni merupakan yang pertama, dan para peminat filem A Fairy Tale Supernatural Thriller ini, pastinya tidak akan lepaskan peluang menonton filem ni!

Trailer ni pun dah seram kan? Kalau nak tau apa jadi dengan dua beradik ni dan Holda, jom tonton Gretel & Hansel di pawagam yang terdekat mulai 6 Februari ni! Kalau tak sabar, boleh layan tayangan awal yang akan bermula 31 Januari hingga 5 Februari!

Gretel & Hansel merupakan penceritaan semula tentang kisah dongeng klasik oleh Grimm, Hansel And Gretel, tetapi dengan kelainan dan keunikannya yang tersendiri, khas buat para peminat genre seram dan dongeng!

5 info dahsyat tentang ahli sihir di eropah yang meremangkan bulu roma

Filem ini mengisahkan tentang dua beradik iaitu Gretel dan adik lelakinya Hansel yang berkeliaran di dalam hutan untuk mencari makanan ketika musim kebuluran di mana sumber makanan sangatlah terhad.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Gretel & Hansel Movie (@gandhmovie) on

Setelah agak lama berjalan, mereka menjumpai sebuah rumah yang aneh di tengah-tengah hutan, yang mengeluarkan bauan enak seperti kek. Macam mana rumah yang terpencil ni, dengan persekitaran yang kering-kontang boleh ada banyak makanan yang enak-enak? Haa, jawapannya ada pada Holda, seorang ahli sihir yang menakutkan!

Filem ni dibintangi oleh pelakon filem seram ‘It’ iaitu Sophia Lillis (Gretel) dan juga Sammy Leakey (Hansel) serta Alice Krige (Holda), dan diarahkan oleh Oz Perkins.

Trailer ni pun dah seram kan? Kalau nak tau apa jadi dengan dua beradik ni dan Holda, jom tonton Gretel & Hansel di pawagam yang terdekat mulai 6 Februari ni!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}