Pemain beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mencipta kejutan apabila berjaya menewaskan pasangan nombor satu dunia dari Indonesia, Marcus Gideon Fernaldi-Kevin Sanjaya Sukamuljo dalam suku akhir Sukan Olimpik Tokyo 2020, sebentar tadi.
![tokyo 2020: aaron-wooi yik mara ke separuh akhir, berjaya tewaskan regu nombor satu dunia](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar artikel/a1_18.jpeg)
Mereka mengesahkan kemaraan apabila mengetepikan tentangan beregu Kanada, Ho Shue Jason-Yakura Nyl, 21-15, 21-13, dalam aksi terakhir peringkat kumpulan D.
Malah, Aaron-Wooi Yik menamatkan saingan di belakang regu veteran dari Indonesia, Hendra Setiawan-Mohammad Ahsan.
Wakil negara mengukir senyuman bangga apabila mengalahkan regu nombor satu dunia, Gideon-Sukamuljo sehingga berjaya menempah slot ke separuh akhir.
![tokyo 2020: aaron-wooi yik mara ke separuh akhir, berjaya tewaskan regu nombor satu dunia](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar artikel/a3_22.jpeg)
Corak permainan pantas ditampilkan wakil negara yang berada di ranking kesembilan dunia ternyata berhasil dalam set pertama, gerakan yang tidak mampu diberikan jawapan oleh pasangan Indonesia sebelum Malaysia menang 21-14.
Pemain Indonesia diasak dengan hebat tetapi nasib tidak menyebelahi mereka apabila Malaysia pantas mencari mata sebelum memastikan kemenangan set kedua 21-17 bagi melakar slot ke separuh akhir.
Aaron Chia-Soh Wooi Yik dilaporkan akan menentangkan pasangan beregu dari China Li Junhui-Liu Yuchen di separuh akhir esok.
Sumber: Stadium Astro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.