Apa yang anda lakukan dengan bilik lebih dalam rumah yang tidak digunakan? Kebanyakkan daripada kita akan menjadikan bilik tersebut sebagai stor simpanan barang atau mungkin terbiar begitu sahaja.
Namun, daripada dibiarkan begitu sahaja, bilik kosong tersebut sebenarnya boleh digunakan sebaik mungkin seperti:
#1 – Sewakan Pada Orang Lain
Bilik yang lebih dan tidak digunakan adalah lebih baik dijadikan bilik sewa. Secara tak langsung, boleh dapat pendapatan sampingan dan berkenalan dengan orang baru.
#2 – Tukar Bilik Jadi Pejabat
Buat golongan professional yang berkerja sepanjang masa, cuba tukar bilik lebih anda kepada sebuah pejabat ringkas, cukup sekadar meja, kerusi dan almari. Selain itu, bilik ini juga boleh jadi ruang belajar untuk mereka yang masih belajar. Baru boleh fokus!
#3 – Buat Mini Library
Rumah yang tidak mempunyai ruang tambahan kebiasannya akan meletakkan buku-buku dalam kotak dan terbiar sahaja di dalam stor. Apa kata jadikan bilik kecil anda itu sebagai ‘mini library’ ? Anak-anak mesti seronok untuk membaca buku bersama seisi keluarga disini nanti.
#4 – Jadikan Bilik Hiburan Seisi Keluarga
Masa untuk bersama keluarga kebanyakkannya dihabiskan dihadapan televisyen. Cuba tukar bilik kosong kepada bilik hiburan ringkas yang dilengkapi dengan set karaoke dan skrin layar gergasi? Mesti lagi seronok kan?
#5 – Jadikan Bilik Sewa Harian
Ada setengah orang lebih suka untuk menyewa harian berbanding sewa bulanan. Sama seperti bilik yang disewakan dalam aplikasi Airbnb, jadikan bilik lebih itu kepada bilik sewa harian. Untung-untung dapat juga income daripada bilik itu terbiar begitu sahaja.
Kan lebih baik sekiranya kita mempunyai rumah yang ada bilik yang lebih banyak kan? Boleh buat bermacam-macam lagi dengan bilik-bilik itu nanti.
Jangan risau kerana anda boleh dapatkan rumah seperti ini di Dwi @ Rimbun Kasia kerana ciri utamanya yang dilengkapi dengan dual-key, menjadikan rumah ini mudah untuk disewa dalam masa sama anda tinggal dalam rumah tersebut.
Ireka Corporation Berhad memperkenalkan perumahan yang diilhamkan dengan konsep hijau yang dikenali sebagai Dwi @ Rimbun Kasia. Projek ini terdiri daripada lima jenis kediaman berbeza diatas tanah berkeluasan 2.3 hektar dikenali sebagai Central Park and Lifestyle Commercial Hub yang menawarkan gabungan campuran kondominium dan villa bandar.
Apa yang istimewa tentang rumah ini ialah konsep rumah 2-in-1 yang fleksibel mereka juga dikenali sebagai rumah dual-key.
Konsep ini membolehkan pembeli rumah tinggal di rumah mereka sendiri sementara itu pada masa yang sama menyewa sebahagian kediaman mereka untuk memperoleh pendapatan bulanan. Dengan harga yang berpatutan, pembangunan ini mensasarkan golongan muda yang baru berkeluarga, golongan profesional muda serta pelajar. Ini merupakan perlaburan yang unik untuk pembeli rumah yang bijak. Layari Dwi @ Rimbun Kasia untuk maklumat lanjut atau tinggalkan pesanan menerusi Facebook Dwi @ Rimbun Kasia disini.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.