Bilakah kali terakhir anda ke Australia? Tahukah anda, terdapat suatu tempat yang semakin popular yang sering menjadi lokasi pengambaran filem tempatan? Tempat ini amatlah unik and menarik kerana hanya 5 jam sahaja perjalanan dari Kuala Lumpur??
Terletak di satu kawasan di Australia yang penuh dengan tarikan tempat menarik, makanan yang sedap serta suasana yang tiada ditempat-tempat lain seumpamanya di dunia, ia dikenali sebagai Australia Barat.
Terdapat 5 rantau utama di Australia Barat, iaitu Perth, Australia’s South West, Australia’s Coral Coast, Australia Golden Outback dan Australia’s North West.
1. Perth
Secara amnya, Perth merupakan ibu negeri di Australia Barat dengan jumlah penduduk yang ramai, menjadikan Perth sebagai bandar terbesar di Australia Barat ini dan menjadi pintu masuk utama untuk ke 4 rantau lain. Antara tempat tumpuan di Perth adalah seperti Pulau Rottnest, Swan Valley, Mandurah, Fremantle dan Rockingham.
Pulau Rottnest
Pulau yang terkenal di Perth ini juga dikenali sebagai Rotto, terletak 30 minit dari Fremantle. Selain terkenal sebagai tempat percutian, pulau ini juga terkenal dengan haiwan yang paling gembira di seluruh dunia yang dikenali sebagai Quokkas. Anda mesti berselfie bersama Quokka jika anda berada di Pulau Rottnest!
Oh ya, pulau ini juga tidak mempunyai kenderaan berat tau, kalau nak berjalan disini, boleh sewa basikal atau Segway. Seronoknya berbasikal pusing-pusing pulau!
Fremantle
Sumber: Freemantle Markets
Kalau di Malaysia terkenal dengan pasar malam, di Fremantle pun ada pasar juga tau! Setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, Freemantle merupakan pasar awam yang terletak di South Terrace dan Handerson Street.
Ada hampir 150 peniaga yang menjual pelbagai jenis barang menarik serta pakaian tau! Sambil-sambil melancong tu, boleh cari souvenir menarik disini.
Jika anda mempunyai masa terluang, apa kata anda sewa kereta dan pandu sendiri selama 3 jam, menuju ke bahagian selatan ke rantau South West. Antara tarikan menarik disini adalah seperti Busselton Jetty iaitu jeti paling panjang di selatan hemisfera (iaitu 1.8 km), The Gap, Gua Ngilgi, Bunbury Dolphin Discovery Centre, Valley of the Giants, Dave Evans Bicentennial Tree, Diamond Tree dan banyak lagi!
The Gap
Sumber: Rainbowcoast
Buat pencinta alam sekitar, The Gap yang terletak di Barat Daya Australia ini adalah tempat wajib pergi sekiranya anda berkunjung ke Australia. Batuan granit yang dibentuk oleh ombak kuat ini mempunyai sebuah platform yang membolehkan pelawat berdiri setinggi 40 meter atas laut. Siapa yang gayat tu, boleh cabar diri untuk berada diatas ketinggian ini!
Valley of the Giant
Sumber: Valley of the Giant
Valley of the Giants - Tree Top Walk di sebuah bandar bernama Denmark ini terletak 400 kilometer dari Perth. Selain boleh berjalan di atas jambatan gantung dari pokok ke pokok, anda juga boleh menyelam, meluncur, memancing ikan, berkanu, berjalan di Bibbulmun Track di pesisir pantai sambil menikmati flora dan fauna yang memukau!
2. Australia’s Coral Coast
Ke utara Perth, Coral Coast juga antara tarikan pengunjung dalam dan luar negeri di Australia Barat. Ia mendapat namanya daripada batu karang yang terbentuk dikebanyakkan tempat disini. Antara tempat wajib pergi di Coral Coast adalah seperti Hutt Lagoon, Ningaloo Reef, The Pinnacles, meluncur pasir di Lancelin, dan Monkey Mia.
Hutt Lagoon
Satu-satunya kawasan yang anda boleh jumpa bunga-bunga serta tasik berwarna merah jambu. Bunga yang mekar sekitar bulan Julai hingga November ini menempatkan hampir 12,000 spesis bunga memang menarik untuk dilawati (Ogos-Oktober). Hutt Lagoon ini terletak berdekatan dengan Port Gregory dimana airnya juga berwarna merah jambu. Cantiknya!
Ningaloo Reef
Ningaloo Reef tersenarai dalam Warisan Dunia dianggap sebagai salah satu daripada syurga lautan. Menempatkan beribu spesis terumbu karang dan hidupan laut yang mungkin anda tidak jumpa ditempat lain.
Aktiviti menarik yang boleh buat dekat sini adalah seperti berenang bersama ikan paus, dan pari (April-Julai), serta snorkelling di celah terumbu karang. Hati-hati, jangan sampai rosakkan terumbu karang disini ye!
Daripada berbasikal mengelilingi pulau sehingga menyelam meneroka tasik merah jambu dan berenang dicelah terumbu karang, pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan semuanya di Perth dan rantau lain yang berdekatan!
Ini peluang anda untuk menang tiket penerbangan ke Perth melalui Malaysia Airlines!
Bermula daripada 13 September sehingga 4 Oktober, layari era.je dan disitu akan terdapat 3 gambar berbeza dari 3 lokasi berlainan dari Perth Tourism setiap minggu (Minggu pertama, Rottnest Island, minggu kedua The Gap, dan minggu ketiga Hutt Lagoon)
Anda hanya perlu memberikan kapsyen menarik berdasarkan gambar-gambar yang dimuatnaik di situ dan nyatakan slogan kenapa anda ingin melawat tempat tersebut.
Kapsyen dan slogan yang menarik berpeluang menang sepasang tiket ke Perth!
Check out Teroka Perth Bersama Malaysia Airlines untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan peraduan ini!