Bagi mereka yang takutkan lipas, didekati serangga tu je dah boleh buat kita lari. Apatah lagi jika lipas masuk ke dalam telinga kita.
Seorang wanita mengalami pengalaman yang cukup ngeri apabila seekor lipas masuk ke dalam telinganya semasa dia sedang tidur. Lipas tu berada di dalam telinganya selama 9 hari sebelum berjaya dikeluarkan sepenuhnya.
Katie Holley tersedar dari tidurnya kerana merasakn ada orang meletakkan sesuatu yang sejuk ke dalam telinganya. Apabila dia menggunakan putik kapas, dia merasakan ada pergerakan di dalam telinganya.
“Selepas menarik keluar putik kapas terbabit, saya menemui dua ‘kaki’ yang sangat kecil melekat di hujungnya. Saya meminta suami membantu memeriksanya dan mendapati terdapat lipas di telinga saya,” tulisnya.
Di hospital doktor menyabu ubat kebas untuk membunuh lipas tersebut sebelum mengeluarkan tiga bahagian badan serangga tu. Namun, selepas 9 hari, Katie masih berasa sakit dan berjumpa semula doktor yang mengeluarkan enam lagi bahagian lipas tersebut. “Lebih mengejutkan apabila pakar terbabit mengesahkan masih terdapat sisa serangga itu di dalam telinga saya.
“Dengan menggunakan peralatan yang kelihatan seperti gunting besar, pakar terbabit mengeluarkan kepala, anggota badan lain dan sesungut,” tulisnya.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.