Dibina atas kekuatan berbilang kaum dan bangsa di negara kita, Malaysia juga amat kaya dengan pelbagai pilihan dan jenis makanan.
Disebabkan itu, ada pelbagai jenis cara makan yang berbeza, dan ini menjadikan kita, Malaysia amat istimewa. Berikut adalah 8 tabiat waktu makan yang berbeza, yang hanya orang Malaysia je faham!
Kita Sering Ragu-Ragu Dengan Tempat Makan
Soalan “Nak makan kat mana?” adalah satu benda ‘wajib tanya’ sebelum nak makan, walaupun kita ada banyak pilihan kedai makan di sekeliling kita!
Kita Sangat Bertolak Ansur Bila Bab Makan
Teringat masa kecil dahulu, ibu kita selalu dah siap sedia makanan untuk kita. Tapi dah dewasa ni, kita pun makan jelah apa-apa yang senang nak makan. Asal boleh isi perut pun dah ok!
Kita Kaji Makanan Seperti Kajian Terpenting Abad Ini
Bila nampak gambar-gambar menarik makanan seperti dalam blog, review, dan tepi jalan, kita mesti tak lepas peluang untuk baca dan ‘kaji’ makanan tu.
Pedas Itu Pasti!
Boleh dikatakan semua makanan wajib di Malaysia dicipta dengan rasa pedas. Orang yang tak makan pedas pun mesti akan makan makanan yang pedas punyalah!
Kita Tidak Hanya Makan Makanan Kita Order
Bila makan, kita bukan je makan makanan yang kita order. Nak rasa sikit makan makanan kawan. Habis round satu table weyh!
Makan Apa Pun, Last-Last Mesti Cari Nasi
Yeah, nasi tu dah macam darah daging kita. Makan lah apa-apa pun, last-last mesti kita cari nasi jugak kan?
Pergi Mana-Mana Pun Boleh Makan
Duduk di kerusi dalam restoran atau ketika di meja makan dalam rumah itu adalah cara tipikal semua orang buat bila makan. Tapi, sebagai orang Malaysia, takde istilah ‘meja makan’ sebab meja makan kita boleh jadi dalam kereta, atas katil, semasa berjalan atau semasa berkerja.
Tiba-Tiba Kita Buat Keju Untuk Semua Makanan!
Chewy cheese balls, cheesy wedges, ayam goreng bersama sos keju, cheesecake ice cream, dan semua benda adalah didatangkan dengan keju. Pergh!
Bercakap soal makan dan kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia, KFC dan ERA fm akan memberi korang baucer KFC bernilai RM100! Jadi pemanggil pertama selepas isyarat memanggil ke udara, dan sebutkan “Selamat Hari Malaysia” dalam dialek dan loghat korang. Senang je kan?
Dengan baucer KFC bernilai RM100 itu, korang boleh beli pelbagai menu pilihan di KFC, seperti KFC Bucket Bersama dari hanya RM30.90!
Selamat Hari Malaysia dari kami semua! Mari meraikannya dengan semangat kebersamaan dan perpaduan bersama KFC Bucket Bersama!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.