Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

Demi ‘Content’? 8 Remaja Kini Disiasat Polis Akibat Tindakan Tuang Sabun Dalam Kolam

Kenapa buat macam tu?
Muhammad Izwan Zainal
24 Mar 2022, 01:51 PM

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan lapan remaja lelaki menuang sabun dalam sebuah kolam hiasan di sebuah pusat beli-belah di Kluang, Johor pada Ahad.

Susulan itu, remaja berkenaan termasuk tiga pelajar sekolah menengah telah ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisoner Low Hang Seng memaklumkan suspek yang berusia lingkungan 16 hingga 19 tahun itu ditahan selepas menyerah diri di Balai Polis Sri Lalang.

Tambahnya, remaja terbabit dipercayai terpengaruh dengan kandungan video sebegitu di TikTok sehingga cuba bertindak sedemikian.

“Semalam kira-kira 4 petang, pihak polis telah mengesan satu rakaman video tular berdurasi 55 saat yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Aku Budak Kluang.

“Video itu jelas memaparkan tingkah laku sekumpulan penunggang motosikal membuat khianat terhadap harta dengan menuangkan dua tong cecair pencuci baju ke dalam kolam hiasan di bangunan Kluang Parade di sini.

“Kejadian itu dipercayai telah berlaku pada Ahad lalu kira-kira 5.30 pagi dan susulan rakaman video tersebut, pihak polis telah mengenalpasti dan membuat tangkapan ke atas lapan lelaki yang disyaki terlibat untuk siasatan selanjutnya,” katanya.

demi ‘content’? 8 remaja kini disiasat polis akibat tindakan tuang sabun dalam kolam

Beliau juga berkata kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu khianat terhadap harta.

“Pihak polis mengingatkan perbuatan vandalisme atau lebih dikenali dengan gejala laku musnah iaitu tabiat membinasakan harta benda awam atau harta benda orang lain boleh diambil tindakan undang -undang.

“Mana-mana pihak yang dikesan sengaja melanggar undang-undang akan diambil tindakan tanpa kompromi,” ujarnya.

Sumber: Kosmo Online
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}