Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat 11 lagi kluster baharu dicatatkan pada 23 Januari 2021.
Daripada 11 kluster baharu ini, 8 daripadanya adalah berkaitan dengan kluster tempat kerja, sementara tiga lagi melibatkan kluster komuniti, keagamaan dan pusar tahanan.
Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat kelmarin (22 Januari), sejumlah 350 kluster baharu telah dilaporkan, dengan 225 kluster (64.3 peratus) merupakan kluster berkaitan tempat kerja.
“Daripada kluster-kluster berkaitan tempat kerja yang dilaporkan, kluster berkaitan perkilangan mencatatkan bilangan kluster yang tertinggi iaitu sebanyak 80 kluster (35.6 peratus).
“Ia diikuti oleh kluster berkaitan pembinaan sebanyak 53 kluster (23.6 peratus) dan kluster berkaitan perkhidmatan sebanyak 31 kluster (13.8 peratus),” katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Sabtu.
Berikut adalah perincian 11 kluster baharu seperti yang dilaporkan oleh KKM:
Sumber: KKM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.