Seramai 73 orang melibatkan 71 pelajar dan dua guru Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya disahkan positif Covid-19 sehingga hari ini.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan individu yang dijangkiti kini diasingkan ke pusat kuarantin.
Ia selepas saringan dijalankan terhadap 451 individu terdiri daripada 437 pelajar, 13 guru dan seorang petugas.
“Kesemua guru dan pelajar (kecuali empat orang) lengkap vaksinasi. Seramai 65 pelajar yang disahkan positif dipindahkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang.
“Semua kategori 1 dan 2A serta dalam keadaan stabil,” katanya.
Malah, lebih 242 orang kontak rapat dikuarantin dengan pelajar pula dikuarantin di asrama Sekolah Seri Puteri.
“Kementerian Kesihatan akan terus memantau keadaan kesihatan pesakit dan memberi rawatan yang terbaik,” katanya.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin di laman rasmi Facebooknya dan kes dilaporkan berpunca daripada seorang guru di sekolah itu.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.