Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

600 Ekor Kucing Selesa Guna Tandas Awam, Inisiatif Elak Kucing ‘Membuang’ Merata Di Kawasan Pasar

Inisiatif tandas awam kucing ini diwujudkan bagi menjaga persekitaran yang sihat dan bersih.
Muhammad Izwan Zainal
30 Sep 2021, 03:00 PM

Sebanyak empat unit tandas awam kucing di Pasar Tasek Raja, Pasir Mas, Kelantan tular di media sosial sehingga mendapat respon positif daripada warganet.

600 ekor kucing selesa guna tandas awam, inisiatif elak kucing ‘membuang’ merata di kawasan pasar

Inisiatif ini diwujudkan Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) untuk melestarikan suasana bersih di kawasan tersebut yang menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli barangan dapur dan keperluan harian.

Menurut Yang Dipertua MDPM, Hazmi Abdul Hamid, beliau memaklumkan kebanyakan kucing-kucing terbiar di pasar tersebut dilihat sudah selesa menggunakan kemudahan tersebut.

“Malah kucing-kucing itu semakin berdisiplin dan sudah tahu kewujudan tandas berkenaan dan mereka juga tidak lagi membuang najis secara merata-rata sebagaimana sebelum ini," katanya.

600 ekor kucing selesa guna tandas awam, inisiatif elak kucing ‘membuang’ merata di kawasan pasar

Tambahnya, inisiatif ini telah diperkenalkan pada Februari lalu untuk kegunaan kucing-kucing terbiar di kawasan itu bagi mewujudkan persekitaran sihat dan bersih di kawasan pasar tersebut.

Malah, kira-kira 600 ekor kucing yang berada di kawasan tersebut sejak Januari 2021 hingga Selasa telah dikesan dan menggunakan tandas awam itu.

600 ekor kucing selesa guna tandas awam, inisiatif elak kucing ‘membuang’ merata di kawasan pasar

“Kesemua kucing-kucing ini adalah terbiar dan bagi memastikan pengudaraan berada dalam keadaan baik, MDPM akan menyelenggara tandas tersebut setiap hari dengan membuang najis-najis kucing ke lokasi sepatutnya.

“Selain itu kerja-kerja menggembur pasir dan rumput dilakukan setiap minggu bagi memastikan tandas awam kucing itu berfungsi dengan baik,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}