Kita mungkin biasa dengar terma ‘morning person’ atau ‘night person’ yang menggambarkan seseorang itu aktif sama ada pada waktu pagi atau sebaliknya.
Namun menurut pengkaji dan ahli fisiologi dari RUDN University di Rusia, secara terperincinya ada enam jenis manusia yang boleh dikelaskan mengikut pada tahap keaktifan mereka.
Dikenali sebagai ‘chronotype’, ia berkait dengan circadian rhythms, proses dalaman semula jadi yang mengatur kitaran tidur anda.
Proses ini bertindak seperti jam dan badan anda, yang menentukan sama ada anda mengantuk, sedar, aktif dan penat.
Enam jenis chronotype ini adalah:
1. Morning Type: aktif pada waktu pagi, dan semakin mengantuk menjelang malam. Biasanya akan tidur lebih awal berbanding orang lain.
2. Evening Type: berbeza dengan morning type, golongan ini akan bangun lewat dan menjadi lebih aktif menjelang malam. Mereka ini akan tidur lewat malam.
3. Highly Active Type: golongan ini mempunyai tenaga yang aktif sepanjang hari, bangun awal pagi dan juga tidur lewat malam. Mereka ini mempunyai kitaran tidur yang pendek.
4. Daytime Sleepy Type: golongan ini juga akan bangun awal pagi, namun akan merasa mengantuk dan penat pada waktu tengah hari, dan kembali aktif pada waktu malam.
5. Daytime Type: mereka ini biasanya akan bangun lewat hari, dan aktif pada waktu siang dan tidur awal pada waktu malam.
6. Moderately Active Type: mempunyai tenaga yang sangat minimal sepanjang hari, dan sering merasa letih untuk berbuat apa-apa aktiviti harian.
Kajian ini juga telah diterbitkan dalam jurnal Personality and Individual Differences.
Sumber: The Sun
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.