Kredit: Shutterstock
Sekarang dah masuk minggu ketiga kita berpuasa. Cepat je masa berlalu kan. Menjelang raya ni, semakin banyak benda yang kita kena settle kan sebelum bercuti dan menyambut raya, tak kiralah hal kerja ataupun persiapan untuk raya.
Adakah korang jenis yang suka buat benda last minute? Dari dulu kata nak buat awal-awal, tup-tup dah nak raya pun masih belum buat lagi! Ni enam benda yang orang kita suka buat last minute time raya:
#1 Shopping baju raya
Kredit: Shutterstock
Ramai di antara kita yang lebih gemar untuk tempah atau beli baju raya awal-awal atas beberapa alasan macam takut tukang jahit dah tak terima tempahan, malas nak bersesak-sesak di shopping mall, ataupun penat bershopping masa tengah puasa.
Tapi ada juga segolongan orang yang suka shopping baju raya last minute sebab nak dapatkan harga runtuh. Tapi kan, kalau last minute sangat takut dah takde saiz, dan selalunya susah nak dapatkan baju yang kita suka dalam saiz kita sebab dah banyak habis!
#2 Beli kuih-muih raya
Kredit: Shutterstock
Sesetengah orang lebih suka beli je kuih-muih untuk raya, dan kebanyakan akan beli di saat-saat akhir menjelang raya. Selalunya beli kuih last minute boleh dapat diskaun banyak, tapi nak cari kuih yang kita betul-betul suka dan boleh telan memakan masa. Kalau last minute sangat nanti buat stress je!
#3 Book penginapan untuk balik kampung
Kredit: Shutterstock
Jangan harap nak dapatkan penginapan yang selesa dan sesuai dengan citarasa dan bajet kita kalau booking last minute. Kalau boleh book lah beberapa minggu sebelum raya. Lagi awal korang book, lagi murah harga ataupun korang boleh dapatkan promo raya.
#4 Kemas dan bersihkan rumah
Kredit: Shutterstock
Ramai yang gemar kemas-kemas dan bersihkan rumah sehari sebelum nak raya. Kalau last minute macam ni takut ada banyak benda penting yang lain yang kita terlepas pandang atau tak sempat nak buat. Kalau boleh buatlah dua atau tiga hari sebelum nak raya.
#5 Kemas beg untuk balik kampung
Kredit: Shutterstock
Tak kiralah family korang besar atau kecil, nak kemas beg dan packing untuk balik kampung boleh buat stress! Kalau anak-anak dah besar panjang bolehlah diorang packing sendiri kan. Tapi bagi korang yang ada ramai anak kecil, macam-macam benda yang nak kena pack.
Kalau buat last minute, mesti ada je benda yang tertinggal, tak kiralah butang baju ke, pin tudung ke, atau kain sampin. Kesudahannya, masing-masing gaduh sebab tertinggal benda yang penting!
#6 Bayar zakat fitrah
Kredit: Shutterstock
Salah satu benda yang paling penting sekali tapi ramai orang kita yang tak ambil port. Dah nak raya baru terhegeh-hegeh cari kaunter zakat. Jangan tunggu lama-lama, kalau boleh buatlah secepat yang mungkin bila ada peluang. Bagi korang yang tinggal di Selangor, kadar zakat fitrah kekal RM7.
Penentuan kadar zakat fitrah ni ialah berdasarkan kepada harga semasa bagi beras Super Tempatan Gred A seberat satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.60kg. Tapi bagi golongan yang berkemampuan, korang boleh pilih untuk menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan bagi diri sendiri dan tanggungan korang. Kadar zakat fitrah tersebut ialah sebanyak:
- RM14.00 seorang bagi beras yang bernilai RM13.00 hingga RM44.00 (untuk harga beras seberat 5kg)
- RM21.00 seorang bagi beras yang bernilai melebihi RM44.00 (untuk harga beras seberat 5kg)
Apapun, kadar bayaran zakat fitrah melebihi RM7.00 ni cuma sekadar galakan je dan takde paksaan bagi korang di Selangor. Terpulanglah kalau mampu.
Bagi korang yang belum bayar zakat, Zakat Selangor akan membuka 27 cawangannya di seluruh Selangor selama tujuh hari seminggu termasuk cuti umum sepanjang Ramadan ini.
Waktu urusan pada hari bekerja bermula dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Manakala pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum, cawangan Zakat Selangor akan dibuka bermula 9 pagi hingga 3 petang.
Kalau misalnya korang betul-betul tak sempat nak bayar zakat, korang boleh bayar last minute secara online je bagi memudahkan korang. Untuk info lanjut dan buat pembayaran secara online, check out laman web Zakat Selangor. Jangan lupa ya!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.