Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

6 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Hatsune Miku

Apa keistimewaan dan daya penarik Hatsune Miku?
Editor
04 Dec 2017, 03:34 PM

Kredit gambar utama: HATSUNE MIKU EXPO 2014 in Indonesia Official Illustration

Illustration by KEI © Crypton Future Media, INC. www.piapro.net

Miku Expo 2017 semakin menghampiri, peminat muzik Vocaloid tentunya semakin tidak sabar menantikan detik 16 Disember. Dalam keterujaan ini, tidak dinafikan masih ada yang langsung tiada idea siapakah Hatsune Miku...

Miku, salah satu watak Vocaloid yang dibangunkan oleh Crypton Future Media merupakan penyanyi bukan manusia, yang imej fizikalnya dipancarkan secara 3 dimensi menggunakan hologram. Suaranya pula disintesis untuk menghasilkan lagu.

Ingin mengenalinya? Kami senaraikan 6 perkara tentang Hatsune Miku, idola maya terkenal ini.

#1 31 Ogos 2007

6 perkara yang anda perlu tahu tentang hatsune miku

Kredit: HATSUNE MIKU EXPO 2014 in Indonesia Official Illustration. Illustration by KEI © Crypton Future Media, INC. www.piapro.net

Bukan tarikh kemerdekaan Malaysia yang dimaksudkan, tetapi inilah tarikh lahir Hatsune Miku. Jika dikira, Miku sepatutnya hanya berusia 10 tahun tetapi dia digambarkan sebagai sensasi pop berusia 16 tahun.    

#2 Lagu-Lagu Nyanyiannya Dicipta Para Peminat

6 perkara yang anda perlu tahu tentang hatsune miku

6 perkara yang anda perlu tahu tentang hatsune mikuIya, anda juga boleh menjadi salah seorang daripada pencipta lagu-lagu nyanyian Miku. Idola maya ini menggunakan contoh suara pelakon suara terkenal Jepun, Saki Fujita yang pernah terlibat dalam rancangan seperti Attack on Titan dan Durarara!!  Dia boleh menyanyi dalam pelbagai bahasa dan sehingga kini, dia mempunyai ribuan lagu. Malah keseluruhan senarai lagunya dicipta oleh para peminat dari seluruh dunia dengan menggunakan sebuah program khas untuk menulis dan menyusun lagu.

#3 Pernah Menyarung Sehelai Gaun Istimewa Rekaan Pereka Fesyen Terkenal

Gaun rekaan Marc Jacobs digunakan semasa persembahan opera vocaloidnya, "The End".

#4 Kebolehan Nyanyiannya Tiada Limitasi

Sebagai penyanyi dengan suara janaan komputer, Miku boleh lakukan banyak perkara yang tidak boleh dilakukan penyanyi manusia lain. Dia sememangnya layak diangkat sebagai suara pertama masa hadapan. Sesuai dengan namanya yang berasal daripada perkataan hatsu (pertama), ne (bunyi atau suara), dan miku (masa depan)!

#5 Menjadi Tetamu Jemputan Rancangan Televisyen AS

Miku mencipta sejarah TV sebagai artis maya pertama menjadi tetamu dalam rancangan bual bicara terkenal, The Late Show with David Letterman pada tahun 2014. Dia hadir dalam imej hologram menyanyikan lagu “Sharing the World” yang tentunya membuatkan ramai yang kagum dengannya!  

#6 Berkongsi Pentas Dengan Penyanyi Antarabangsa Terkenal

Dia telah membuat persembahan pembukaan untuk Lady Gaga menyanyikan lagu “Glass Wall”, lagu “Last Night, Good Night” pernah muncul dalam muzik video Pharell serta membuat persembahan di samping artis Jepun, Bump of Chicken dan Namie Amuro.

Inilah serba sedikit tentang Hatsune Miku. Anda boleh mengenali persona ini dengan lebih mendalam jika berkunjung ke Miku Expo 2017. Ayuh! Segera dapatkan tiket anda, hari ini.

6 perkara yang anda perlu tahu tentang hatsune miku

Klik di sini untuk maklumat lanjut!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}